Monday, 22 March 2010

SUPER JUNIOR THE 2ND ASIA TOUR SUPER SHOW 2 [20.3.2010]

Pkl 8 mlm, 20.3.2010 menjadi satu lagi sejarah bagi semua peminat Super Junior terutama di Malaysia kerana telah berlangsung Konsert Super Junior Jelajah Asia. Malaysia merupakan negara ke-6 kalau x silap la. Dimulakan dengan lagu A Man In Love, semua ahli Super Junior keluar dari setiap penjuru stadium menjadikan peminat menjerit kerana gembira sehingga rambang mata utk memilih siapa yang harus dilihat. Aku juga turut merasakan begitu tp yang pasti mata aku mencari dimana Kyuhyun dan Eunhyuk. Gegaran lagu A Man In Love membuatkan jantung ni sedikit bergegar..Haha..tp yang paling menarik kerana dapt melihat tarian Super Junior yang sememangnya bertenaga. Seterusnya diikuti dengan lagu U dan juga It's You serta She Wants It. Sememangnya Super Junior memang hebat. Setiap tarian yang bertenaga membuatkan setiap ELFs(gelaran utk peminat Suju) teruja dengan setiap persembahan mereka apatah lagi Eunhyuk yg merupakan Dancing Machine Suju. So Hot, itu yang blh dikatakan jika ditanya mengenai penampilan Super Junior pada malam tersebut.
Antara yang paling menarik ialah saat setiap ahli memperkenalkan diri.
Eeteuk : Fallen Angel
Ryeowook : Loveable Blurness
Kyuhyun : Hottest Baby
Sungmin : Ultimate Sweetness
Siwon : the Living Work of Art
Eunhyuk : Bejewelled
Yesung : Bubble Boy
Shindong : Cutie Pie
Heechul : tbc (xingat)
yang paling kelakar bila Eeteuk perkenalkan diri. Siap baring sambil ckp Teuki Teuki. Siwon dgn sengaja menarik kaki Eeteuk membuatkan semua peminat tergelak dengan usikannya.
Aksi2 menarik dan kelakar Suju antaranya masa menyanyikan lagu Chu, Sunny, Pajama Party, Dancing Out, Wonder Boy.  
Saat paling menyentuh hati adalah saat apabila Eeteuk dan Donghae mengalirkan air mata keharuan kerana usaha yang dilakukan oleh ELFs semasa Super Junior mempersembahkan lagu Shining Star. Semua ELFs menyalakan torch light putih kecil yang memberi effect ala2 Shining Star sambil semua turut menyanyi bersama2 Suju. Aku juga turut mengalirkan air mata apabila terlihat Eeteuk menangis. Rasa mcm berbaloi je usaha kami semua buat special effect utk idol kesayangan kami.
Disamping tu, semasa Super Junior-M menyanyikan lagu Super Girl, semua ELFs bangun sambil nyanyi bersama2 SujuM. Selepas itu, semua ELFs pakat2 berdiri utk sama2 menyanyi lagu2 lain antaranya Sorry2, Sunny, Pajama Party, Wonder Boy, Marry U.
Kemuncak persembahan selama 3jam ini ialah apabila semua member Suju berpakaian animal t-shirt yang menonjolkan ciri2 diri mereka. Super cute, itu yang blh dikataka. Lagu kemuncak adalah Wonder Boy and Marry U. Eeteuk juga ada inform mengenai album Super Junior yang ke-4 yang akan keluar sekitar Mei ini kalau xsilap. Siap ajar ELFs sebut Sajib Teabang lagi. Hehehe..
Bila Suju ucap goodbye je, semua rasa mcm sedih rasa mcm xnk lepaskan diaorg balik. Rasa xpuas je berhibur dengan lagu2 diaorg. Donghae siap buat flying kiss utk ELFs masa semua member Suju dh balik ke back stage smp Eunhyuk tarik dia. hehehe..

Keseluruhan lagu yang dinyanyikan oleh Super Junior adalah sebanyak 30 lagu dan satu MV Sorry Sorry Answer.
  1. A Man In Love
  2. U
  3. It's You
  4. She Wants It
  5. Angela
  6. Dont' Don
  7. Twins (Knock Out)
  8. Dancing Out
  9. Carnival
  10. Our Love
  11. Sorry Sorry
  12. Blue Tomorrow
  13. Super Girl
  14. Sunny
  15. Puff the Magic Dragon
  16. Pajama Party
  17. What If
  18. Rokkugo
  19. Chu
  20. Marry U
  21. Baby Baby (Sungmin Solo)
  22. Yesung Solo Song
  23. Honey (Eeteuk Solo)
  24. Please Forgive Me (Kyuhyun Solo)
  25. Beautiful (Donghae Solo)
  26. Insomnia (Ryeowook Solo)
  27. Henry Solo Song
  28. Heechul Solo Song 
  29. Wonder Boy
  30. Miracle
A total of 15, 000 ELFs yang hadir ke konsert tersebut. Memang first class..

SUPER JUNIOR FIGHTING!!

Thursday, 18 March 2010

The concert is just around the corner

Only one day left..this Saturday, Super Junior will perform their first ever concert in Malaysia..im so so so excited...i've bought the light stick..i also thinking about wearing Super Junior Kyuhyun's edition t-shirt.. it's my preparation for the concert actually...so, come on! let's join me at the concert..

This is Kyuhyun's edition Light Stick
This one is Heechul's edition Light Stick


Advertisement